[Cintaku Jauh Di Ufuk Timur] Berpegang Tangan, Zul Ariffin Dan Zahirah MacWilson Sah Bercinta?


Banyak kali juga pasangan ini tampil membuat penafian yang mereka berdua kini sedang bercinta walaupun ada gambar yang disebarkan peminat menunjukkan Zul Ariffin & pelakon baru, Zahirah MacWilson keluar bersama tidak berapa lama dulu.
Semalam, sekeping gambar yang menunjukkan pasangan ini berpegangan tangan ketika keluar makan bersama tersebar di internet dan sedang menjaid bualan ramai yang ingin tahu sejauh mana hubungan antara Zul Ariffin & Zahirah MacWilson — adakah sudah serius bercinta?

Screen Shot 2015-11-03 at 10.19.57 AM
Zahirah MacWilson dalam satu kenyataan baru baru ini tetap menafikan mempunyai hubungan cinta bersama Zul Ariffin namun tidak menafikan yang beliau selesa berkawan dengan jejaka tersebut dan tidak mahu berkongsi terlalu banyak kerana ianya soal peribadi.
Dan, dengan tersebarnya gambar ini nampaknya mereka berdua perlu tampil dengan alasan baru jika benar masih belum bergelar pasangan kekasih. Mungkin tangan si gadis terlalu sejuk ketika itu. Mana kita tahu kan? Hmm hmm. (rtky/m)

Previous
Next Post »