Kisah Benar Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin.. Rezeki Datang Dari Allah.

Kisah Benar Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin | Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya."Tak makan ka?" Dia menegur.

"Tidak, saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut.   

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.

Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. 

Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.


Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. 

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Unknown
admin
October 6, 2015 at 10:45 AM ×

Bagaimana pula dengan sikap orang kita suka sendiri? Terutama yang datang awal, lauk masih banyak dan cedok banyak-banyak, kemudian tak habis makan, terbuang begitu sahaja. Banyak saya jumpa sikap orang kita sebegitu. Akhirnya yang datang kemudian, lauk dah habis. Betul lah tiada rezeki, tapi adakala sikap sesetengah orang kita juga turut mempengaruhi keadaan.

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar