[Saya Bukan Rasis] Perbezaaan Nasib Kaum Cina Di Brunei Dan Di Malaysia.. Sungguh Tak Terkata Apa-Apa..


Negara Brunei Darussalan yang berkeluasan 5,765 Kilometer persegi mengecapi kemerdekaan pada 1 Januari 1984 dan merupakan sebuah negara yang mengamalkan keharmonian dan ketenteraman serta dikurniakan hasil bumi yang begitu berharga pada seluruh dunia.
Negara yang berkapasiti 425,722 orang ini majoritinya didiami oleh kaum bumiputera yang terdiri daripada Melayu 66.3%, Cina 11.2%, India 2.3%, Kaum Bumiputera Borneo 3.4% dan lain-lain 16.8%. Namun tahukah kita, Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warganegara?

images (38)

Apakah taraf kewarganegaraan Kaum Cina disana? Bagi kaum Cina di Brunei, mereka hanya diberikan taraf Pemastautin Tetap (PR) walaupun kaum Cina ini sudah mempunyai generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi hanya memegang taraf Permastautin Tetap sahaja.
Negara Brunei agak luarbiasa sistem pemerintahannya. Mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Dalam memperkatakan Islam sebagai agama rasmi Brunei, hampir separuh daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh pihak Istana. Mereka juga tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi.



Jumlah stateless people yang seramai 11.2% jumlah keseluruhan penduduk Brunei seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina dimana kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik. Namun begitu, jika ada sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei, mereka dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami BUDAYA dan BAHASA MELAYU.
Untuk rujukan, kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan. dalam hal ini, talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara dan juga bangsa.
Di Brunei, seorang yang menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang, keturunan Melayu merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong. Pada lumrahnya, tidak kira mereka dimana dan berasal daripada negara mana sekalipun, manusia mementingkan etnik.

download (19)

Sebagai contoh, United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales. Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh. Begitu juga seperti orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Jelas dalam hal ini, Brunei begitu mementingkan hak kaum bumiputera dan ini jelas berlainan dengan Malaysia yang agak terbuka dalam membicarakan kewarganegaraan penduduknya. Dalam hal ini, seharusnya mereka yang memegang status warganegara Malaysia samada kaum Melayu, Cina dan India.
Penghasilan artikel ini bukan mahu membangkitkan semangat perkauman, tetapi mengingatkan setiap anak Malaysia betapa beruntungnya kita menjadi Anak Malaysia tanpa perlu melalui tapisan yang ketat dan tidak munasabah. Seharusnya politik tidak memisah kita dan sepatutnya, kita semua menghargai dan meletakkan perasaan cinta terhadap negara lebih tinggi dari kepentingan individu.
Previous
Next Post »